Thursday 20 October 2011

KEMAHIRAN BOLA TAMPAR


PUKULAN SERVIS

Servis ialah pukulan yang dilakukan selepas mendapat mata atau berjaya mematikan servis di gelanggang lawan. Terdapat pelbagai cara pukulan servis. Sebagai permulaan untuk bermain bola tampar, servis bawah bahu dan servis atas bahu biasa digunakan.

Servis bawah bahu 

Pukulan servis bawah bahu merupakan servis yang tepat dan mudah dipelajari. Gaya servis ini juga mengelakkan daripada faul servis. 



Servis atas bahu

Servis atas bahu yang baik boleh menyebabkan pihak lawan tertekan dan sukar untuk memainkan bola. Perlakuan servis atas bahu menyerupai servis dalam permainan tenis


PUKULAN MENYANGGA

Pukulan menyangga digunakan apabila bola berada di bawah paras mata. Kebanyakan pemain belakang gelanggang menggunakan kemahiran ini sewaktu menerima bola servis atau bola rejaman. Pukulan menyangga dilakukan supaya dapat memainkan bola dengan tangan. Bahagian tangan yang sesuai untuk menyangga ialah antara tangan hingga kesiku. Lutut perlu dibengkokkan untuk mendapatkan kuasa hayunan menyangga dengan baik.

 

PUKULAN MENGUMPAN

Biasanya pukulan mengumpan dilakukan pada sentuhan bola yang kedua. Kemahiran ini bertujuan untuk memberi peluang rakan sepasukan membuat rejaman. Umpanan dibuat apabila kedudukan bola melepasi paras kepala. Ketepatan masa amat diperlukan semasa melakukan pukulan umpanan. Ini memberi peluang kepada sendi-sendi menyerap dan mengekalkan kelajuan bola. 


 

PUKULAN REJAM

Rejaman ialah memukul bola dengan pantas ke dalam gelanggang lawan. Tujuan rejaman ialah untuk mematikan servis di dalam gelanggag lawan. Cara ini dianggap satu cara menyerang pihak lawan. kemahiran merejam memerlukan lonjakan melebihi paras jaring. Semasa di udara pula, badan perlulah dibengkokkan dan memukul bola.


 

MENGHADANG

Seperti kemahiran merejam, kemahiran menghadang juga agak sukar dikuasai. Sungguhpun begitu, kemahiran ini juga penting untuk menghadang rejaman. Halangan dilakukan oleh dua orang pemain hadapan dari pasukan yang bertahan. Kedua-dua pemain akan melonjak dan cuba menghalang bola yang direjam dengan kedua-dua belah tangan.


RELI
Bola yang dimulai dengan pukulan servis kadang-kala sukar dimatikan kerana kedua-dua pasukan sukar dimatikan kerana kedua-dua pasukan saling berbalas-balas pukulan. Keadaan ini dinamai reli. Reli berlaku jika kedua-dua pasukan sama handal. Permainan akan bertambah menarik jika berlaku banyak permainan reli. 
 

36 comments:

  1. Terimakasih. Gambar-gambarnya bagus. sangat bermanfaat ..

    ReplyDelete
  2. terima kasih...info dan gambar sangat membantu buat scrap book anak...thanks again

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas maklumat itu
    Sangat berguna, sekarang saya lebih memahaminya

    ReplyDelete
  4. Terima kasih. Ajaran sangat mudah difahami dan kini saya makin faham

    ReplyDelete
  5. Saya suka maklumatnya yang lengkap dan banyak manfaatnya.Saya baca ini kerana saya permainan bola tampar.

    ReplyDelete
  6. TERIMA KASIH.. SANGAT MANFAAT... ANAK MAIN BOLA TAMPAR, BARULAH SI MOMMY NAK GOOGLE PASAL BOLA TAMPAR NIEH..

    ReplyDelete
  7. terima kasih atas nota yang sangat memanfaatkan

    ReplyDelete
  8. awwwwwww thankss this is sooooo muchh helpful ")
    thanks again!

    ReplyDelete
  9. Terima kasih memberi nota yang ringkas yang paling best

    ReplyDelete
  10. Nak buat note..tpi panjang sangat...tapi apa2 pun..nota yang sangat bagus...t.kasih...

    ReplyDelete
  11. thankyouuu for thissss, supersuperseniorrrr :)

    ReplyDelete
  12. Terima kasih atas info yang bermanfaat.

    ReplyDelete
  13. TERIMA KASIH ATAS NOTES INI

    ReplyDelete
  14. Sangat bagus! Tapi panjang nak salin :’) ahh! memang bagus ! Terus kan lagi!!!

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. THANKS ATAS NOTE INI SY LEBIH FAHAM LAGI PASAL BOLA TAMPAR
    NI

    ReplyDelete
  17. terima kasih untuk nota ini sebab saya boleh gunakan untuk pembemtangan saya:)

    ReplyDelete
  18. sangat2 membantu. semoga Allah memberi keberkatan kepada saudara.

    ReplyDelete